Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus/latihan/program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja sepanjang tempoh penyelidikan) untuk mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan di dalam negara.

Sekiranya kertas cadangan asal Ketua Penyelidik telah diluluskan item yuran kursus atau latihan untuk GRA dalam vot 29000, permohonan tuntutan yuran boleh dikemukakan kepada pihak PPPI. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang Pengurusan Penyelidikan PPPI (ditandatangani oleh Ketua Penyelidik dan Dekan Fakulti)
  2. Borang Bayaran Balik Tuntutan Wang Yang Didahulukan (ditandantani oleh GRA dan Dekan Fakulti)
  3. Surat Permohonan Menghadiri Kursus atau Latihan daripada Ketua Penyelidik
  4. Salinan resit bayaran asal daripada penganjur
  5. Salinan bukti bayaran EFT bank (sekiranya bayaran secara dalam talian)