NILAI, 5 November 2025Innovation Bank Challenge (IBC) 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 29 dan 30 Oktober 2025 bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sempena penganjuran Festival Idea (FOI) Peringkat Negeri Sembilan 2025.

Program ini merupakan salah satu pengisian utama FOI 2025 yang bertujuan mengetengahkan idea serta hasil inovasi penyelidik dari pelbagai institusi pendidikan, agensi dan industri. Tahun ini menyaksikan penyertaan tertinggi dengan 116 peserta IBC, menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti penyelidikan dan inovasi di Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat — termasuk ahli jawatankuasa penganjur, panel penilai, peserta, serta rakan kolaborasi dari pelbagai agensi dan institusi — atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta IBC 2025 atas kejayaan dan usaha gigih yang dipamerkan. Diharapkan penganjuran ini terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak idea kreatif dan inovasi berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.