NILAI, 7 Mei 2026 – Sesi lawatan penanda aras secara dalam talian oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) bersama pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan lancar pada 7 Mei 2026 yang lepas.

Terima kasih diucapkan kepada pihak RIMC UniSHAMS atas inisiatif menganjurkan sesi ini serta kesudian berkongsi pandangan, pengalaman dan amalan terbaik sepanjang sesi berlangsung. Perkongsian ini bukan sahaja membuka ruang kepada pertukaran idea, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasa agenda penyelidikan dan inovasi.

Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu ini akan terus diperkukuh, seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan bersama dalam memperkasakan agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan ilmu di peringkat pendidikan tinggi.