PENGENALAN
Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (JKEP) adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi (JKPIU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memastikan bahawa penyelidikan yang melibatkan manusia dilakukan secara etikal dan mematuhi peraturan serta prinsip moral. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menilai dan meluluskan penyelidikan yang melibatkan subjek manusia, dengan memberi perhatian khusus kepada keselamatan, kesejahteraan, dan hak-hak peserta.

JENIS PENYELIDIKAN YANG MEMERLUKAN KELULUSAN ETIKA
Semua penyelidikan yang melibatkan manusia hendaklah mengemukakan permohonan dan mendapatkan kelulusan etika daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (JKEP) USIM sebelum penyelidikan dijalankan. Jenis penyelidikan yang memerlukan kelulusan etika termasuk:
Pengujian fungsi psikologi, fisiologi atau sebarang ujian perubatan.
Percubaan klinikal (clinical trial) atau kajian intervensi.
Pengambilan dan penggunaan organ, tisu atau cecair badan (contoh: kulit, darah, urin, tinja, saliva, rambut, tulang, tisu tumor, spesimen biopsi dan hembusan nafas).
- Pengumpulan data secara kajian pemerhatian (observational design), penelitian dokumen peribadi dan lain-lain bahan disasarkan untuk penerbitan dan persidangan.
- Memeriksa maklumat individu (yang boleh dikenalpasti atau tidak boleh dikenalpasti) daripada sumber yang telah diterbit, tidak diterbit atau daripada pangkalan data.
- Tinjauan, soal selidik, temu bual, pemerhatian atau perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion (FGD)).
- Kajian menggunakan teknologi terbaharu (e.g; artificial intelligence, virtual reality, genetic editing) melibatkan manusia mengikut case by case.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada syarat berikut:
Telah mendapat geran penyelidikan; atau
Telah mendapat kod kelulusan projek Biduni Mizanniyah daripada PPPI; atau
Telah lulus Ujian Kelayakan (Qualifying Test – QT) bagi projek penyelidikan pelajar pascasiswazah USIM; atau
Projek prasiswazah telah berdaftar dan diperakukan di peringkat PTj USIM di bawah seliaan pensyarah.
Sila sertakan salinan dokumen berkaitan sebagai bukti semasa permohonan etika.
Borang Permohonan Etika (JKEP-A) hendaklah diisi dengan lengkap.
Bagi projek penyelidikan pelajar pascasiswazah dan prasiswazah, permohonan hendaklah dikemukakan oleh penyelia utama penyelidikan.
Tandakan (/) pada Borang JKEP-B di bahagian senarai semak pemohon.
Rujuk senarai semak dokumen yang perlu disertakan.
Sertakan surat permohonan (cover letter) kelulusan Etika Penyelidikan USIM kepada Pengerusi Jawatankuasa Etika Penyelidikan USIM, Prof. Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar.
Salinan resit bayaran Permohonan Kelulusan Etika Penyelidikan USIM (khusus kepada penyelidikan yang bergeran) perlu dihantar setelah menerima surat arahan bayaran dari pihak JKEP.
JKEP hanya menerima permohonan yang belum lagi memulakan intervensi/kajian terhadap subjek manusia termasuklah kajian rintis. Permohonan yang sedang/telah berjalan melibatkan subjek manusia tidak akan diterima.
TAKWIM MESYUARAT
| MESYUARAT | TARIKH AKHIR PERMOHONAN KE JKEP | TARIKH PEMBENTANGAN |
|---|---|---|
| Bil. 1.2026 Kali ke 50 | 30 Januari 2026 | 26 Februari 2026 |
| Bil. 2.2026 Kali ke 51 | 31 Mac 2026 | 30 April 2026 |
| Bil. 3.2026 Kali ke 52 | 29 Mei 2026 | 25 Jun 2026 |
| Bil. 4.2026 Kali ke 53 | 31 Julai 2026 | 27 Ogos 2026 |
| Bil. 5.2026 Kali ke 54 | 30 September 2026 | 29 Oktober 2026 |
| Bil. 6.2026 Kali ke 49 | 30 November 2026 | 31 Disember 2026 |
KAEDAH PENGHANTARAN PERMOHONAN
Permohonan boleh dimajukan secara ‘soft copy’ kepada:
Encik Khairul Izwan Bin Yahaya
Setiausaha
Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Universiti Sains Islam Malaysia
E-mail: izwan_86@usim.edu.my
SEKRETARIAT
- Ketua Sekretariat: Dr. Yafizah Binti Yahaya
Setiausaha 1: Encik Khairul Izwan Bin Yahaya (Tel:06-7985064)
Setiausaha 2: Puan Noor Amiza Zainal Abidin (Tel:06-797 8796)
Setiausaha 3: Encik Abdul Aziz Abdull Jalil (Tel:06-797 8798)
E-mail: sekretariat.jkep@usim.edu.my