NILAI, 2 Februari 2023 – Bengkel Pemurnian Proposal FRGS Peringkat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah diadakan pada 2 Februari 2023 bertempat di Dewan Ibn Khaldun & Dewan Peperiksaan FPSK.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM dan bengkel ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Profesor Dr. Norazmi Mohd Nor dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Prof. Dr. Hayati Abdul Rahman dari FPSK USIM.
Bengkel ini merupakan bengkel anjuran FPSK dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI). Inisiatif pelaksanaan ini merupakan hasil resolusi bengkel bersama dengan Timbalan-Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) yang telah diadakan pada 27 Januari 2023 yang lalu bagi meningkatkan bilangan penyelidik utama di USIM khususnya di FPSK.