NILAI, 2 Februari 2023-Bengkel Penyediaan Proposal Dana Penyelidikan (DP), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2023 peringkat Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah diadakan pada 2 Februari 2023 (Khamis) bertempat di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori USIM.

Bengkel ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Profesor Dato’ Dr. Mohamemd Isa Abd. Majid yang merupakan Ketua Panel Penilai Domain Penyelidikan Sains Tulen dan Gunaan DP-KPT. Bengkel ini merupakan bengkel anjuran FST dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI).

Inisiatif pelaksanaan ini merupakan hasil resolusi bengkel bersama dengan Timbalan-Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) yang telah diadakan pada 27 Januari 2023 yang lalu bagi meningkatkan bilangan penyelidik utama di USIM khususnya di FST.