Kuala Lumpur, 5 Mei 2019 – Pasukan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang tangan kosong apabila keenam-enam penyertaan yang dipertandingkan berjaya menggondol 3 emas dan 3 perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 hingga 4 Mei.

Tiga produk mendapat emas adalah Gamifikasi Global Halal Game (GHG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Syariah Undang-undang, Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman, Elev8thor- Modular Lower Limb Elevation System diketuai oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Asha’ari Bain dan Produk Fast Lab: Science Educational Kit diketuai oleh Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Dr. Muhammad Zamir Othman.

Global Halal Game (GHG) merupakan produk inovasi baharu yg berkonsepkan gamifikasi islamik papan permainan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan halal dari seawal usia kanak-kanak.

“Ia adalah permainan papan ilmiah yang dibangunkan secara khusus berasaskan sukatan pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah dan ‘Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia’ bagi menerapkan konsep didik hibur dan interaktif dalam pendidikan halal,” ujar Prof. Madya Dr Azman.

Bagi produk Elev8thor ia bukan sahaja berfungsi sebagai alat sokongan yang memudahkan kerja-kerja rawatan dilakukan, tetapi boleh meringankan bebanan tugas jururawat ketika memberikan rawatan kepada pesakit.

“Ia terhasil melalui pengamatan semasa merawat pesakit yang mengalami masalah patah tulang kaki, ada ketika melihat jururawat dan pembantu pegawai perubatan berhadapan dengan kesukaran semasa mengendalikan pesakit mereka,” kata Dr Asha’ari yang juga merupakan Pakar Bedah Ortopedik Hospital Ampang.

Manakala produk inovasi Fast Lab: Science Educational Kit direka untuk memberi pendedahan Sains kepada kanak-kanak pada usia muda di samping menarik minat mereka terhadap Sains selain menjalani pembelajaran dalam suasana seronok dan interaktif.

”Kejayaan kali ini membuktikan hasil produk penyelidikan dan inovasi kumpulan penyelidik USIM mampu berdaya saing dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Ia juga merupakan asas yang kukuh untuk kita terus bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah universiti yang lebih berfokus dan berkualiti,” ucap Prof. Dato’ Dr. Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM.

Tiga produk penyelidikan lain yang mendapat perak adalah Model Kerjaya AADK dalam Kalangan Pelatih AADK diketuai oleh Dr. Amin Al Haadi Shafie, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan bagi membantu pihak AADK melatih kakitangan mereka dalam melaksanakan kaunseling kerjaya kepada pelatih-pelatih di pusat pemulihan. Selain itu, produk V.i.T.A.B (Visual Impairment Tactile Audio Book) Solat diketuai oleh Mohd Nur Adzam Rasdi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah mengetengahkan bahan bantu mengajar yang direka khas untuk proses pembelajaran solat bagi OKU Penglihatan bersama pasukan penyelidik Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Prof. Madya Dr. Madihah Mohd Saudi, Fakulti Sains dan Teknologi bagi produk Ezcybercrime Detection and Response Mobile Apps Prototype for Smartphone yang berfungsi mengenal pasti dan mencegah serangan jenayah siber. Ia direka sejajar dengan inspirasi Revolusi Perindustrian ke-4 untuk mengesan eksploitasi sumber (root exploitation) berdasarkan ciri pengawasan dalam telefon pintar, secara pengesanan dan gerak balas automatik. Ini termasuk kamera, GPS, panggilan, SMS dan audio.

ITEX 2019 mengumpulkan lebih 1,000 reka cipta yang disertai oleh pelbagai universiti, badan-badan korporat serta individu dari pelbagai negara ASEAN dan Asia seperti Australia, Korea dan Taiwan.

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

2019-08-14T12:27:47+08:00

2019-05-10T14:31:40+08:00
Go to Top