PENGENALAN
Jawatankuasa Biokeselamatan dan Biosekuriti adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi (JKPIU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memantau, menyemak, dan memberikan kelulusan bagi menjalankan penyelidikan yang melibatkan aspek biokeselamatan dan biosekuriti. Jawatankuasa ini berperanan dalam memastikan aktiviti penyelidikan yang melibatkan projek yang dinyatakan di bawah dijalankan dengan selamat dan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk Akta Biokeselamatan 2007. Ketidakpatuhan kepada akta ini boleh di kompaun sebanyak RM250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Jenis projek yang melibatkan biokeselamatan dan biosekuriti adalah seperti berikut:
Agen / bahan biologi diubahsuai kandungan genetik (LMO/GMO)
Toksin biologi secara semulajadi atau diubahsuai kandungan genetik (LMO/GMO)
Agen / bahan berjangkit dan berpotensi berjangkit
Sekiranya anda menjalankan penyelidikan berkaitan, sila isikan borang melalui pautan pada bahagian muat turun.

KAEDAH PENGHANTARAN PERMOHONAN
Permohonan boleh dimajukan secara ‘soft copy’ kepada:
Puan Nur Natasha Binti Zulkefli Amin
Setiausaha
Jawatankuasa Biokeselamatan dan Biosekuriti
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan
E-mail: jkbb@usim.edu.my
SEKRETARIAT
Ketua Sekretariat: Dr. Hazim Arief bin Halim
Setiausaha 1: Puan Nur Natasha Binti Zulkefli Amin (06-7580417)
Setiausaha 2: Nur Syifaa’ Binti Idris (06-7584014)
E-mail: jkbb@usim.edu.my
