PENGENALAN

Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (JKEP) adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi (JKPIU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memastikan bahawa penyelidikan yang melibatkan manusia dilakukan secara etikal dan mematuhi peraturan serta prinsip moral. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menilai dan meluluskan penyelidikan yang melibatkan subjek manusia, dengan memberi perhatian khusus kepada keselamatan, kesejahteraan, dan hak-hak peserta.

CARTA ORGANISASI JKEP USIM SESI 2026/2027

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Telah mendapat geran, kelulusan kod geran/projek Biduni Mizanniyah daripada PPPI. (Sertakan salinan kepada Jawatankuasa Etika)
  • Pengisian Borang A dengan lengkap. Siap tandatangan dan cop penyelidik.
  • Tandakan (/) pada borang B di bahagian semakan Penyelidik Utama.

  • Pastikan proposal telah disaring di fakulti masing-masing sebelum dimajukan ke Jawatankuasa Etika Penyelidikan USIM. (Borang A dan B mestilah ditandatangani Ketua Jabatan dan JK Penyelidikan fakulti)
  • Rujuk senarai semak dokumen yang perlu disertakan.
  • Sertakan surat permohonan (cover letter) kelulusan Etika Penyelidikan USIM kepada Pengerusi JK Etika Penyelidikan USIM, Prof. Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar.
  • Salinan resit bayaran Permohonan Kelulusan Etika Penyelidikan USIM (khusus kepada penyelidikan yang bergeran) perlu dihantar setelah menerima surat arahan bayaran dari pihak JKEP.
  • JKEP hanya menerima permohonan yang belum lagi memulakan intervensi/kajian terhadap subjek manusia termasuklah kajian rintis. Permohonan yang sedang/telah berjalan melibatkan subjek manusia tidak akan diterima.

TAKWIM MESYUARAT

MESYUARAT TARIKH AKHIR PERMOHONAN KE JKEP TARIKH PEMBENTANGAN
Bil. 1.2026 Kali ke 50 30 Januari 2026 26 Februari 2026
Bil. 2.2026 Kali ke 51 31 Mac 2026 30 April 2026
Bil. 3.2026 Kali ke 52 29 Mei 2026 25 Jun 2026
Bil. 4.2026 Kali ke 53 31 Julai 2026 27 Ogos 2026
Bil. 5.2026 Kali ke 54 30 September 2026 29 Oktober 2026
Bil. 6.2026 Kali ke 49 30 November 2026 31 Disember 2026

MUAT TURUN

KAEDAH PENGHANTARAN PERMOHONAN

Permohonan boleh dimajukan secara ‘soft copy’ kepada:

Encik Khairul Izwan Bin Yahaya
Setiausaha
Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Universiti Sains Islam Malaysia
E-mail: izwan_86@usim.edu.my

Satu (1) Salinan ‘hard copy’ yang lengkap selepas saringan sekretariat boleh dialamatkan kepada:

Dr. Yafizah Binti Yahaya
Ketua  Sekretariat
Jawatankuasa Etika Penyelidikan USIM
Aras 12, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan

SEKRETARIAT

  • Ketua Sekretariat: Dr. Yafizah Binti Yahaya
  • Setiausaha 1: Encik Khairul Izwan Bin Yahaya (Tel:06-7985064)

  • Setiausaha 2: Puan Noor Amiza Zainal Abidin (Tel:06-797 8796)

  • Setiausaha 3: Encik Abdul Aziz Abdull Jalil (Tel:06-797 8798)

  • E-mail: sekretariat.jkep@usim.edu.my