GRA boleh mengemukakan permohonan tuntutan perjalanan sekiranya terdapat peruntukan item perjalanan GRA dalam bajet proposal penyelidikan yang diluluskan. Tuntutan perjalanan yang boleh dimohon adalah seperti berikut:
- Aktiviti kajian lapangan dalam negara
- Menghadiri dan membentangkan kertas kerja persidangan dalam negara
- Bengkel/Mesyuarat/Perbincangan dalam negara
- Menghadiri Kursus atau Latihan dalam negara
Permohonan adalah tertakluk kepada item dinyatakan dalam proposal diluluskan serta mempunyai baki vot 21000.
Permohonan tuntutan perjalanan hendaklah dibuat sebelum 10hb bulan berikutnya.
Permohonan yang dikemukakan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh perjalanan tidak akan diluluskan.
Dokumen perlu dihantar kepada PPPI untuk proses tuntutan bayaran adalah seperti berikut:
- Borang Pengurusan Penyelidikan PPPI (ditandatangani oleh Ketua Penyelidik dan Dekan Fakulti)
- Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri
- Salinan Surat Kelulusan Kajian Lapangan/Surat Kelulusan Menghadiri Persidangan (di atas nama GRA sendiri)