Komputer atau peralatan ICT tidak dibenarkan dibeli menggunakan geran penyelidikan. Sebarang permohonan pindah peruntukan atau pelarasan peruntukan bagi tujuan pembelian aset komputer atau ICT tidak akan dipertimbangkan.
Bagi projek penyelidikan yang telah diluluskan dalam kertas cadangan penyelidikan (proposal) untuk perolehan aset ICT, pembelian adalah dibenarkan tertakluk kepada tatacara dan peraturan perolehan Jabatan Bendahari USIM.