Permohonan pelantikan dan pembayaran pakar di bawah vot 29000 Perkhidmatan Profesional geran penyelidikan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Borang Pengurusan Penyelidikan PPPI
  2. Surat Lantikan Perkhidmatan Profesional (Tempat)
  3. Surat Setuju Terima Perkhidmatan Lantikan (Templat)
  4. Surat Selesai Tugas Profesional (Templat)
  5. Salinan kad pengenalan pakar
  6. Salinan pengesahan akaun bank dan nombor akaun bank penerima
  7. Salinan bajet proposal yang diluluskan (vot 29000)/surat kelulusan pindah peruntukan

Pembayaran pendahuluan tunai oleh Ketua Penyelidik kepada pakar dan kemudian Ketua Penyelidik membuat tuntutan (claim) adalah tidak dibenarkan. Semua pembayaran perlu dikemukakan kepada PPPI bagi tujuan pembayaran terus oleh Jabatan Bendahari.