Permohonan tuntutan gaji GRA yang tidak dibuat mengikut jadual operasi bayaran gaji yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari akan mengakibatkan gaji tidak dibayar pada bulan berkenaan. Sekiranya tunggakan gaji melepasi kadar had percukaian, potongan gaji berjadual (PCB) akan dikenakan terhadap gaji GRA kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Permohonan tuntutan gaji perlu mengikuti jadual operasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bendahari.