Permohonan Pindaan Bajet Item dalam Vot Yang Sama bagi Geran Penyelidikan boleh dibuat oleh Ketua Penyelidik dengan mengemukakan dokumen berikut:

Geran Dalaman USIM

  1. Borang Permohonan Pindah Peruntukan (Tandakan Pada Kotak Pelarasan Vot)
  2. Salinan Laporan Kemajuan Terkini
  3. Salinan Sebutharga Bagi Item Yang Dipinda

Geran KPT

  1. Borang Permohonan Pindah Peruntukan (Tandakan Pada Kotak Pelarasan Vot)
  2. Salinan Permohonan Dalam Talian MyGRANTS (Virement Request)
  3. Salinan Laporan Kemajuan Terkini
  4. Salinan Sebutharga Bagi Item Yang Dipinda

Geran Luar

  1. Borang Permohonan Pindah Peruntukan (Tandakan Pada Kotak Pelarasan Vot)
  2. Surat Kebenaran Pembiaya Untuk Pindaan Vot
  3. Salinan Laporan Kemajuan Terkini
  4. Salinan Sebutharga Bagi Item Yang Dipinda

Permohonan pindaan pada bajet hanya dibenarkan bagi item yang telah diluluskan dalam kertas cadangan penyelidikan asal sahaja. Ketua Penyelidik perlu mengemukakan justifikasi sekiranya item yang dimohon untuk pindaan bajet tiada dalam proposal asal (penambahan item baharu tiada dalam proposal asal).