Selepas Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Lapangan diperolehi daripada pihak PPPI, permohonan tuntutan perjalanan kajian lapangan boleh dimohon mengikut kategori seperti berikut:

Ketua Penyelidik/Ahli Penyelidik (Staf USIM)

  1. Telah mengisi Permohonan Keluar Masuk Pejabat Sistem MyAkrab dan diluluskan Dekan fakulti
  2. Telah mengisi Permohonan Tuntutan Perjalanan Sistem AMV3 dan diluluskan Dekan fakulti
  3. Salinan Permohonan Tuntutan Perjalanan AMV3 yang telah diluluskan
  4. Salinan resit hotel, transaksi Touch n Go, parking, tiket penerbangan dan lain-lain sekiranya berkaitan
  5. Salinan surat kelulusan kajian lapangan
  6. Mengemukakan dokumen 3 – 5 ke Jabatan Bendahari

Ahli Penyelidik (Bukan Staf USIM) atau GRA

  1. Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (BEND/STAF/003)
  2. Salinan resit hotel, transaksi Touch n Go, parking, tiket penerbangan dan lain-lain sekiranya berkaitan
  3. Salinan surat kelulusan kajian lapangan
  4. Mengemukakan dokumen 1 -3 ke PPPI

Tuntutan perjalanan perlu dibuat sebelum 10hb bulan berikutnya. Permohonan tuntutan melebihi tiga (3) bulan daripada tarikh perjalanan adalah tidak dibenarkan. Permohonan untuk mendapatkan surat kelulusan kajian lapangan perlu dikemukakan kepada PPPI sebelum tarikh perjalanan.