Tabung ini bertujuan mengumpulkan dana bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan di USIM yang mengintegrasilkan ilmu naqli dan aqli. Projek penyelidikan yang dijalankan akan memberi impak kepada masyarakat, akademia, kerajaan, industri, persekitaran.Tabung ini dikawal selia oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) USIM dan sumbangan infaq daripada tabung ini akan diagihkan kepada staf USIM yang telah diluluskan projek penyelidikan berdasarkan kepada kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang dikemukakan.
Klik pautan ke portal Jominfaq USIM untuk menyumbang:
https://jominfaq.usim.edu.my/projects/index.php…
Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannnya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya. (Hadis Riwayat Muslim)