BANGI, 18 Jun 2026 – Delegasi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) USIM yang diketuai oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Pengarah PPPI, telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Lawatan ini menjadi platform kepada kedua-dua institusi untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam memperkukuh pengurusan penyelidikan, inovasi dan agenda kecemerlangan institusi. Sesi perbincangan yang berlangsung turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan secara konstruktif berkaitan strategi, inisiatif dan pendekatan yang dapat memperkasakan ekosistem penyelidikan dan inovasi.
PPPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak INOVASI@UKM™ atas kesudian menerima kunjungan delegasi USIM serta berkongsi pelbagai pengalaman dan amalan terbaik. Semoga jalinan hubungan strategik yang terjalin ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat serta memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pada masa hadapan.