Malaysia Technology Expo 2020 (MTE2020) menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 2 emas, 2 perak dan termasuk 1 Anugerah Khas.

Anugerah Khas tersebut ialah the best award for Social Innovation & Entrepreneur Management diketuai oleh Dr. Syahidawati Hj. Shahwan dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan produk ini antara yang memenangi pingat emas di MTE 2020.

Secara keseluruhan, USIM telah menghantar 4 produk berpotensi tinggi yang melalui proses saringan dan pemilihan yang ketat. Sementara itu, produk lain yang memenangi emas ialah Fast Lab: Science Educational Kit yang mana diketuai oleh Dr. Muhammad Zamir Bin Othman daripada Fakulti Sains dan Teknologi.

Manakala dua pingat perak pula dimenangi oleh pensyarah daripada Fakulti Syariah dan Undang-undang, Prof. Madya Dr Azman Ab Rahman dengan produk Aplikasi permainan Mudah Global Zakat Game v1 dan Prof. Dr. Norita Md Norwawi daripada Fakulti Sains dan Teknologi dengan produk NAISSE: One Stop Integrated Repository Cross Lingual Semantic Information Retreival on Prophetic Food.

Majlis Perasmian Malaysian Technology Expo 2020 ini telah disempurnakan Oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. MTE 2020 juga disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MED), dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).