Majlis Pembangunan Sosial Sarawak melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) mempelawa penyelidik yang berminat untuk menghantar kertas cadangan penyelidikan berkaitan isu-isu sosial di Sarawak. Berikut adalah maklumat berkaitan permohonan:

Tarikh Tutup: 30 September 2019 (ISNIN)

Jumlah Maksimum Peruntukan: TIADA (Bersesuaian dengan cadangan kajian)

Tempoh Kajian: TIADA (Bergantung kepada cadangan kajian)

Tahun Pelaksanaan Kajian: 2021 -2025 (RMK-12)

Nota – Cadangan kajian dengan penglibatan bersama agensi/industri/NGO dan masyarakat Sarawak (sebagai penyelidik bersama atau sampel kajian) akan diberi keutamaan dalam penilaian.

Penyelidik yang berminat diminta untuk menyediakan kertas cadangan seperti format yang ditetapkan oleh pihak MPS (rujuk lampiran) dan menghantar permohonan secara emel kepada dianajeno@sarawak.gov.my selewat-lewatnya pada 30 September 2019 (Isnin) dan disalinkan kepada Pengurus Penyelidik USIM hafizuddinabghani@usim.edu.my.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Cik Diana Jeno, pegawai MPS di talian 082-536974 atau emel dianajeno@sarawak.gov.my. Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh dirujuk melalui surat yang dilampirkan bersama.

 

Sila klik DISINI untuk pendaftaran permohonan.

dan Klik DISINI untuk Surat Jemputan