NILAI, 09 Februari 2026 – Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) USIM telah menerima satu lawatan libat urus bersama Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh jaringan strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi. Lawatan tersebut telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat PPPI di Bangunan Pusat Komersial, USIM.
Lawatan ini menjadi platform perbincangan profesional yang fokus kepada pertukaran pandangan serta penerokaan potensi kerjasama strategik yang berupaya menyumbang kepada pembangunan ekosistem penyelidikan yang lebih berdaya saing dan berimpak.
Pihak PPPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MRANTI atas komitmen dan kesediaan dalam menjayakan sesi libat urus ini. Diharapkan hubungan strategik ini dapat diteruskan dan diperkukuh pada masa hadapan.