PETALING JAYA, 27 April 2026 – Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) USIM berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 27 April 2026 (Isnin) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengurusan serta pengkomersialan harta intelek.
Delegasi PPPI diketuai oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Hafizal Mohamad (Pengarah PPPI). Turut mengiringi ialah YBrs. Dr. Muhammad Nizam Awang (Timbalan Pengarah PPPI), Dr. Kirushantini A/P Balakrishnan (Pengurus Penyelidikan PPPI), Encik Mohd Salleh Sa’ari (Penolong Pendaftar PPPI), Cik Iliya Nurdini Akmal Yazid (Pembantu Tadbir, PPPI) serta Cik Adhlin Qistina Zainul Hisham (Pembantu Tadbir, PPPI).
Pihak PPPI USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MyIPO atas kesudian menerima kunjungan ini serta berkongsi pandangan dalam sesi perbincangan yang amat bermanfaat dan bermakna. Diharapkan lawatan ini dapat memberi impak positif serta manfaat bersama kepada kedua-dua pihak pada masa hadapan.