NILAI, 11 Mei 2026 – Bengkel Dashboard Kumpulan Penyelidikan (KUP) bersama En Mohd. Jamil dari Jabatan Perpustakaan telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mei 2026 (Isnin) yang lalu.

Terima kasih atas perkongsian dan kerjasama sepanjang bengkel berlangsung. Semoga usaha ini menjadi langkah awal dalam membangunkan dashboard yang dapat memudahkan proses audit kumpulan penyelidikan (KUP), USIM, di samping membantu menambahbaik pengurusan data serta memperkukuh pemantauan prestasi penyelidikan secara lebih sistematik.

Semoga segala perancangan ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekosistem penyelidikan USIM pada masa akan datang.