NILAI, 29 September 2025 – Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) USIM telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Awal Karier Bakat Muda Academia USIM bertempat di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori USIM selama dua hari pada 29 dan 30 September 2025.
Bengkel ini diadakan sebagai usaha memperkasa bakat muda akademia dalam meningkatkan potensi, kemahiran serta hala tuju kerjaya — selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan warga akademik yang berdaya saing dan cemerlang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan — YBrs. Lt. Kol. Prof. Dr. Victor Feizal bin Knight Victor Ernest @ Abd Shatar (B) (UPNM), Prof. Madya Dr. Syahidawati binti Hj. Shahwan (USIM), Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Juliza binti Jamaludin (USIM), dan Dr. Nur Zaireena binti Zainal (USIM) — atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bernilai.
Ucapan terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel berlangsung.