NILAI, 5 MEI 2026 – Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dato’ Dr. Mohamed Isa bin Abd Majid, Universiti Sains Malaysia (USM) atas kesudian meluangkan masa bersama pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) serta Kumpulan Penyelidikan (KUP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam menyampaikan perkongsian, panduan dan penerangan yang amat bernilai berkaitan pengisian instrumen Higher Institution Centre of Excellence (HICoE).
Perkongsian yang diberikan amat signifikan dalam membantu memperkukuh kefahaman para penyelidik serta memastikan usaha ke arah penghasilan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) di USIM dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berfokus.