NILAI, 10 Jun 2026 – Bengkel Pengkomersialan Batik Motif Bunga Lado telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Senibina, Aras 4, Bangunan Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Bengkel ini melibatkan pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) serta Galeri Diraja Tuanku Ja’afar (GDTJ) bagi membincangkan strategi dan perancangan pengkomersialan Batik Motif Bunga Lado.
Semoga usaha ini menjadi langkah ke arah memperkukuh pemeliharaan warisan budaya tempatan melalui inovasi dan kerjasama yang berterusan.