NILAI, 10 Februari 2026 – Program Inspire Talk Series No. 2/2026 bertajuk “From Lab to Market: The Power of Research Commercialisation” telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Februari 2026, bertempat di Dewan Kuliah Ibnu Hayyan, Aras 3, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman warga universiti berkaitan kepentingan serta strategi pengkomersialan hasil penyelidikan dalam usaha meningkatkan impak dan nilai tambah inovasi yang dihasilkan.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang diberikan sepanjang program berlangsung. Penghargaan khusus turut dizahirkan kepada Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Rashid atas kesudian menyampaikan perkongsian yang komprehensif serta berimpak tinggi.
Adalah diharapkan agar pengisian program ini dapat terus memperkasa budaya inovasi dan pengkomersialan dalam kalangan penyelidik, selaras dengan aspirasi universiti ke arah kecemerlangan penyelidikan dan pemindahan ilmu.