NILAI, 18 Februari 2025 – Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dengan bangganya telah menganjurkan Program Inspire Talk Series – Transformasi Inovasi Penyelidikan Kepada Produk Komersial: Peluang dan Cabaran, satu inisiatif yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kepimpinan, inovasi, dan motivasi dalam kalangan warga kerja. Program ini telah diadakan pada 18 Februari 2025 di Dewan Kuliah Ar-Razi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan staf jabatan.
Sesi Inspire Talk Series kali ini menampilkan YBrs. Profesor Dr. Azizi Ayob, seorang pakar dalam bidang farmakologi yang berkongsi pengalaman serta pandangan berharga mengenai produk inovasi beliau yang memenangi tempat pertama Innnovathon Siri 2 iaitu Biotin Powder. Penyampaian yang interaktif dan penuh inspirasi telah berjaya menarik minat peserta serta memberikan perspektif baharu dalam meningkatkan prestasi kerja dan keseimbangan kehidupan.
Selain sesi perkongsian ilmu, program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah melalui sesi soal jawab yang bermanfaat. Kejayaan program ini jelas dilihat melalui maklum balas positif yang diterima daripada para peserta yang menyatakan rasa teruja dan termotivasi selepas menghadiri sesi ini.
PPPI berharap agar Program Inspire Talk Series dapat diteruskan secara berkala bagi memperkasakan budaya kerja yang lebih positif dan progresif. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, dan semoga sesi seterusnya akan terus memberi manfaat kepada semua warga jabatan.
Lihat gambar semasa program menerusi laman web Facebook e-Gallery USIM
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1184673663659897&type=3