NILAI, 8 Jun 2026 – Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) USIM telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada delegasi Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (CIC), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8 Jun 2026 (Selasa) yang lalu.
Delegasi CIC, UniMAP dianggotai oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Fathinul Syahir Ahmad Saad (Pengarah CIC), Dr. Sukhairi Sudin (Timbalan Pengarah CIC) dan En. Mohd Fairus Abd Razak (Pembantu Tadbir Kanan CIC). Delegasi CIC disambut oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Hafizal Mohamad (Pengarah PPPI). Turut mengiringi ialah YBrs. Dr. Muhammad Nizam Awang (Timbalan Pengarah PPPI), Dr. Kirushantini A/P Balakrishnan (Pengurus Penyelidikan PPPI), Encik Mohd Salleh Sa’ari (Penolong Pendaftar PPPI), Cik Iliya Nurdini Akmal Yazid (Pembantu Tadbir, PPPI), Cik Adhlin Qistina Zainul Hisham (Pembantu Tadbir, PPPI) serta Cik
Nur Syakirah Aznor Shahril (Pembantu Tadbir, PPPI).
Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik khususnya dalam memperkukuh pengurusan penyelidikan, inovasi dan agenda kecemerlangan institusi. Sesi perbincangan yang berlangsung turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan secara konstruktif dalam usaha memperkasakan ekosistem penyelidikan dan inovasi di kedua-dua institusi.
Pihak PPPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian delegasi CIC, UniMAP berkunjung ke USIM. Semoga jalinan hubungan strategik ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan