NILAI, 6 Mac 2023 – Lawatan Balas dan Sesi Penanda Aras (Benchmarking Visit) daripada Pejabat Pengurusan Penyelidikan (RMO) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) USIM yang diketuai oleh Profesor ChM. Dr. Suhaimi Suratman, Pengarah RMO bersama delegasi dari RMO serta wakil daripada Pusat Ekonomi Digital (PED) UMT.

Tujuan lawatan ini untuk melihat dan membuat penanda aras bagi pengurusan penyelidikan di USIM serta aplikasi sistem pengurusan penyelidikan yang digunakan. Lawatan ini merupakan lawatan balas berdasarkan kepada lawatan PPPI USIM ke RMO UMT pada tahun lepas. Turut serta dalam sesi ini adalah Encik Izwan Norzam daripada SDEC USIM untuk bantuan teknikal sistem.
Semoga perkongsian daripada pihak PPPI USIM dapat membantu pihak RMO UMT dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Terima kasih pihak RMO UMT atas kesudian mengadakan lawatan ini.
2023-03-08T16:50:18+08:00

NILAI, 6 March 2023 – Led the return visit and Benchmarking Session (Benchmarking Visit) from the Research Management Office (RMO) of Universiti Malaysia Terengganu (UMT) to the Research and Innovation Management Centre (RIMC), USIM was led by Professor ChM. Dr. Suhaimi Suratman, Director of RMO together with the delegation from RMO and a representative from UMT’s Digital Economy Center (PED).

The purpose of this visit was to understand the research management system at USIM as well.  Mr. Izwan Norzam from SDEC USIM also participated in the discussion for assistance on Bahtiyyah System.

Hopefully the partnership from USIM’s can benefit both parties. Thank you to the RMO UMT for visiting us.

2023-03-08T17:01:36+08:00
Go to Top