NILAI, 14 Februari 2025 – Program Brisk Walk PPPI USIM telah diadakan pada 14 Februari 2025 bertempat di sekitar kampus utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sesi ini bermula pada pukul 7.30 pagi melibatkan Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua staf PPPI USIM. Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara staf serta memastikan semua staf mengamalkan aktiviti riadah yang mampu meningkatkan tahap kesihatan.